Memproses bahan seramik Seramik

Seramik bukan berkristal, asal kaca, cenderung terbentuk daripada cecair. Kaca dibentuk ketika cair sepenuhnya, melalui acuan, atau ketika dalam bentuk lembik, melalui cara meniup ke dalam acuan.

Bahan seramik berkristal tidak sesuai untuk bentuk pemprosesan yang luas. Kaedah untuk mengendalikan mereka biasanya terbahagi kepada dua - sama ada menjadikan seramik dalam bentuk yang dikehendaki, melalui tindak balas in situ, atau dengan membentuk serbuk dalam bentuk diingini, dan kemudian sintering untuk membentuk pepejal. Beberapa kaedah pula menggunakan pendekatan gabungan antara kedua kaedah

In situ

Kegunaan utama kaedah ini adalah penghasilan simen dan konkrit. Di sini, serbuk kering dicampur dengan air, dan memulakan tindak balas penghidratan, yang menghasilkan kristal saling berpaut panjang sekeliling aggregates. Lama-kelamaan, tindak balas ini akan menghasilkan seramik pejal.

Masalah utama dengan kaedah ini ialah kebanyakan tindak balas terlalu pantas untuk pengaulan yang baik, yang menghalang pembinaan besar-besaran. Bagaimanapun, sistem berskala kecil boleh dilakukan dengan teknik deposit, di mana pelbagai bahan diletakkan di atas bahan asas, dan bertindakbalas dan membentuk seramik atas bahan asas. Teknik yang dipinjam daripada industri semikonduktor, seperti chemical vapour deposition, dan amat berguna untuk lapisan.

Kaedah ini cenderung untuk menghasilkan seramik yang pejal tetapi agak lambat.

Kaedah berasaskan pembakaran sintering

Prinsip kaedah berasaskan pembakaran adalah mudah. Apabila objek yang dibentuk secara kasar (dikenali sebagai "bentuk hijau"), ia dibakar di dalam relau, di mana proses penyepaduan pembauran menyebabkan bentuk hijau mengecut, dan menutup liang padanya, menghasilkan bahan yang lebih kukuh dan padu. Pembakaran ini dilakukan pada suhu rendah dari tahap cair seramik. Keporosan akan hampir sentiasa tinggal, tetapi kelebihan kaedah ini ialah badan hijau boleh dibentuk dalam sebarang bentuk yang diingini, dan masih boleh dibakar. Hal ini menjadikan kaedah ini kaedah paling mudah.

Terdapat beribu cara penghalusan dalam proses ini. Sebahagian yang biasa termasuk menekan badan hijau untuk memberikan penyepaduan densification permulaan awal dan mengurangkan masa pembakaran yang diperlukan. Kadangkala pelekat organik ditambah bagi mengekalkan bentuk badan hijau, yang akan hilang terbakar ketika pembakaran. Kadang kala pelicin organik ditambah ketika pemampatan untuk meningkatkan lagi penyepaduan. Bukanlah sesuatu yang luarbiasa bagi menggabungkan kesemua tersebut, dan menambah pengikat dan pelicin kepada serbuk dan dimampatkan sebelum dibakar.

Adunan juga boleh digunakan bagi menggantikan serbuk, sebelum dibentuk dengan acuan kepada bentuk yang diingini, dikeringkan dan dibakar. Malah, barangan tembikar tradisional dihasilkan melalui kaedah ini, menggunakan adunan yang dibentuk dengan menggunakan tangan.

Jika campuran pelbagai bahan digunakan bersama sebagai seramik, kadang kala suhu pembakaran melebihi tahap cair salah satu bahan campuran * pembakaran fasa cair. Ini menghasilkan tempoh pembakaran yang lebih pendek berbanding pembakaran bentuk pejal.